RUMAH DAUN AFFANDI
1970
RUMAH DAUN AFFANDI. Di pinggir Jalan Solo menuju Candi Prambanan, berhadapan IAIN, tersergam bangunan gua sebagai galeri dan rumah tinggi beratap potongan daun. Ya potongan atapnya selain menggunakan kulit kayu, potongan juga seperti sehelai daun, telungkup. Kononya ketia beliau di India sehelai daun jauh didepannya sehingga beliau tertarik dengan contoh daun yang dianggap berkah. Rumah kayu bertiang batu kukuh menyendeng. Beberapa tiang kayu sebagai penyokong berukiran karya Cokot dari Bali, memang terasa unik reka bentuknya. Di rumah itulah aku dikenalkan dengan Affandi dan isterinya, Maryati. Akupun memanggil Affandi sebagai Akik dan Ninik meniru apa diucapkan oleh Helfi, Sila, Lulu, Bambang, anak Kartika dengan Saptohoedoyo.Akik masih aftif melukis. Kadang berminggu di Bali melukis sapi, babi, kereta lembu dan berjemur di pantai Sanur. Tetapi bila Akik di rumah daunnya, akupun tidak mahu lepas peluang ‘berguru’ dengannya. Namun beliau adalah pelukis yang aneh, tidak berbakat sebagai guru, kerana jarang sekali mahu bercakap kalau melukis. Kanvas sudah direntang oelah pembantunya. Cat-cat sudah beratur di sisinya. Sesi melukis begitu cepat dan penuh tenaga. Terdengar wap nafasnya seakan menggelegak, tangan terhulur menyambut cat dari tangan pembantu. Tanpa melihat warna cat, sebaliknya dengan sapuan bebas dengan telapak tangan, spontan, dan bagai sudah dimaklumi pembantunya. Warna mengalir, meloncat, meletup dari bibir tiub. Itulah gaya ekspresionisme pelukis dunia yang justeru membentuk kefasihan aliran ini ketika beliau mula bertapak di Tanah Inggeris dan Amerika. Tambah Ninik, ” Kalau Akik sudah ngeluyur dan kesurupan, lukisannya segera akan selesai begitu…dan sebentar Akik sudah lupa diri dan telentang dan tidur begitu saja..” Kesurupan? Aneh hatiku berdetik. Tetapi begitulah. Petang itu, sepasang ayam jantan sedang bertarung, berkacakaran, dan bulu- bulu berterbangan. Itulah lukisan ” Sabung Aym “. Di lain hari, kuhabisi penetilitan di galeri guanya. Sebuah lukisan dengan lataran menara Effiel di Paris, Gerobak Jawa, masih belum memberi jawaban untuk kujelaskan dalam hatiku sendiri. Aku baru tiga bulan di Yogya, sehingga bila masuk ke kampus ASRI, lukisanku tiba-tiba bergaya goresan liar seperti Affandi. Fajar Sidik menggelutuk menuduhku, ” Ini ciplak melulu, maaf, lukisan anda gagal “. Norma Tarigan berbisik, ” Tadi pesan Pak Fajar, Jangan selalu nonton Affandi melukis, nanti kita kesurupan juga lho” . Untuk lulusan saringan lukisan berwarna, aku mula menginsafi, harus mencari gaya sendiri. Tetapi kenapa Kartika terus meniru gaya Affandi? ” Dia anak pelukis itu, bolehlah “. Anehnya, Ninik yang juga melukis lebih sedar, dengan gaya sulaman, menolak penggunaan cat sebaliknya, melukis dengan jarum dan benang. Sejak itu aku jarang menonton Affandi melukis. Rumah Daun pula tetap memberi perlindungan kalau aku bermalam di galeri peukis itu. Di situ juga aku menatap jemari ekspreionis pelukis tersohor Indonesia, mendiami rumah berbentuk daun, dan menerobos ke galeri gua ajaibnya dunia seni lukis Affandi!
Bangi, 30 September 2005, 15:19
assalam…kum kak siti…
saya ada 4 lembar lukisan karya pak affandi
ada sesiapa yang berminat tak…
feroz
ferozyk@gmail.com
Wah, anda beli karya itu dulu, atau dapat dari mana…hebat. tapi saya tak mampun dan beli karya agung itu…..mungkin…jual di pasar lelong seni cristie