Friday, February 22, 2008

Terima kasih Pyan

GOMBAK
23 Februari 2008.

HA baru pulang dari rimba. Melukis langit bumi dan angin. Sungguh

ejaan itu sudah lama disedari. Cuma waktuku pendek. Amat pendek kadang tidak ada ruang untuk harianku. Oklah, hari ini Cik Melor kita demam, pulanglah tengok dia. Gara-gara berjaga malam sampai dirihari sejak dia pulang dari Melbourne dan Bali, asyik saja dia susun gambar-gambar .  Gila kerja dia hingga 9 buah album saiz besar bertumpuk di meja, di kerusi, di lantai. Bila pulang ni, dia bangun juga kerana harus kemaskan meja makan. Kalau tidak tahulah Mak Bonda ni selalu harus bersih, bersih meja untuk menulis.

Rahim ada berita dari Straat ? Terkejut juga dia dah botak, dengan bekas jahitan lagi. Tidak sempat bertanya apakah dia masih ada waktu melukis di sana. SMS nya hanya mengatakan cuaca amat sejuk saja. Kemudian terus diam. Ali Mabuha juga diam. Oom memang diam-diam ubi saja. Atau diam-diam besi, kerana dia terus melukis besi eh bukan melukis apa ya… Untuk bulan Mac saya menulis di DS tentang puisi dan sketsa tahun 1960-1970 Oom ketika di  rantau. Kubandingkan dengan sketsanya, serigala di atas rumah, rumah-rumah kayu di Sungai Mekong, burung terbang dan pokok bercerangcang dan menjalar ke air - terbalik. Tidak tahu pula dengan  rancangan Anak Alam lain, selalu saja terhambat. PETRONAS dengan J Annu dah mimpi bahan untuk pameran AA. Tapi RA juga ingin buat pameran bang Tapa - dengan kuratornya Sabapathi, eheeh aku pula dimintakan pamerkan sketsa pada bulan Mac ini dengan Dr Jay kita (kami yang senior) + 3 pelukis muda. Wah, Pyan, cari Hanafiah Samad, minta dia cungkil karya-karya puisi AA. Jangan menung-menung merunduk dalam jubah putih tu ya .

      

Posted by Siti Zainon Ismail at 14:14:11
Comments

2 Responses to “Terima kasih Pyan”

  1. abdulrahim says:

    ct…buat ketika ini saya maseh melukis…sedikit2 pameran di-sana sini…kecelan saja di dearah sendiri…dan saya disini sehat walafiat…terima klasih membekalkan saya cerita anakalam

  2. Siti Zainon Ismail says:

    RA Galeri sudah hantar proposal ke PETRONAS untuk pameran Anak Alam. Harap Rahim dapat kirim CV, contoh karya dan kalau ada puisi lagi bagus. Saya cuba susuan puisi pelukis AA.Maksudnya pelukis yang berpuisi. Antara: Latif, Tapa, Agi. Bulan Mei depan, Tapa diundang pameran oleh RA Galeri. Salam. KL hangat dan kalut juga Barisan kehilangan kursi di Selangor!

Leave a Reply