KUALA LUMPUR HANGAT
KUALA LUMPUR kembali terang benderang. Matahari juga mula menjerit. Sungguhkah mentari yang menjerit dan menyeringai? Semalam dalam suasana ghairah resah, tertanya aku terheret ke rumah pengundian di Bandar Baru Bangi. Setelah mengambil sarapan di deretan kedai yang baru-baru di setiap tanah di Bangi, aku terfikir, wajah-wajah sahabat ahli politik negara. Pak Lah semalam dalam ucapan (kempen) terakhir, tiba-tiba saja menyentuh pentingnya peranan anak muda di bidang seni kreatif. Sejak sepuluh hari waktu kempen, baru di saat akhir terdengar ungkapan kepeduliannya kepada golongan seniman, katanya, pelukis, orang teater ada peranan khusus dalam pembangunan tanah air. Golongan ini perlu disokong. Hampir terkejut juga dengan akuan ini. Siapa orang politik pula yang peduli dengan dunia seni lukis tanah air. Kalau adapun harus diheret keperluan politik itu. Fakar mengeluh akhirnya mengutuk juga dengan birokrat seni budaya di istana sana. Siapa yang dapat buat persembahan atau pameran. Jangan terkejut katanya, lukisan oleh pelukis asing dengan gagahnya tergantung di bilik menteri. Seorang menteri mengarah sebuah galeri membeli semua lukisan yang dipamerkan. Lukisan? Apakah betul itu lukisan berseni atau hanya lukisan propaganda aliran politik? Dr Zek tersengeh menjuirkan bibir. Dan hari ini dan pelukis itu pula marah-marah, kenapa pengkritik seni tidak pernah membuat review karyanya.
Sejak malam dan dinihari semalam betapa kesan luka mengheret suasana politik semasa khususnya di KL dan Selangor - kerusi Barisan tinggal beberapa kerat saja. Bayangkanlah bagaimana pandangan kanvas masa depan di Kepong (daerah yang pernah di k e p o n g dulu) , di Sekincan (Second chance) sepert ucap Naza
- “Nampaknya poster Mao Tzitong digantung semulalah di depan kedai kopi pekan itu”.
Mengerikan apakah akan terjadi dengan isu politik tanah air - aku sendiri terhantar dengan kehilangan pakcik disembelih di Ampang dalam aksi Liga Anti Jepun.Pakngah Abeh pula punya banyak wajah, samalah seperti dia mempunyai kekasih seorang jurugambar perempuan Jepun; kemudian berganti Mem Orang Puith, juga menjadi penterjemah untuk komandor di zaman British setelah perang dunia ke dunia. Dan lukisan tanah air pula sanggupkah dilukis semula oleh pelukis lanskap yang wajah pembesar penuh di rumah agung di sebelah bangunan Putra? SMS sendu, marah dan ketawa bagai berderai-derai. Latt di Kuala Kedah sudah melaporkan kekecewaan…” kita gulung tikar!”
Awang Adek (konon dicadangkan sebagai MB) pula yang kalah di Bachok, mengaku, “Kita tidak sangka kita kalah teruk”. SMS daripada Zul mengejutkan juga,
-”But I heard Dato Sh Habsah (NC UKM) will be the new minister taking over Tok Pa. Betul ke” . Tersentak juga otak ini. Hingga pagi ini, MB Perak, Selangor belum muncul di tv.Politik kita dah macam politik di zaman Gusdur pula. Kerana ada menteri sana hanya berkuasa lapan bulan saja (Menteri HAM, Dis 2000-0gos 2001) .
Tambah Fakar pula,
- “Barang tak Naik (BN) - siapa yang peduli dengan golongan Melayu bandar.Kronisme, korup menjadi-jadi…dan ingat tindak tanduk sang menantu? “
Inikah sokong menjadi rebah. Melayu-Melayu, seniman Melayu masih sunyi senyapkah? Nampaknya puisi Usman Awang “Pak Uteh 2″ menjadi kenyataan lagi dan puisi dengan nuansa mabuk “Jalan Telawi ” Baha Zain menjawab isu pemimpin politik hari ini.
Catat Kak Nong ,
- ” Semua atas kebesaran Allah jua”
Tak mengapa masih ada Latif Mohidin yang tiba-tiba keluar kelonsong sudi merasmikan pameran lukisan kumpulan MATAHATI di PETRONAS pada 11 Mac 20008 ini. Ayoh ramai-ramai raikan Latif yang kembali berbaik hati kepada pelukis muda.Semoga juga Oom Anak Alam ini segar kembali. SALUUUUT