Tuesday, May 27, 2008

TAPA BOOOMMM

Alhamdullillah. Setelah 40 tahun, kawan kita muncul lagi dengan pameran solo di RA Gallery. Bagai rerama mengembang sayap cantiknya. Sang Tapa, seniora Anak Alam kembali tersenyum manis.Amat bahagia sekali apalagi bila diusik tentang wajah sang kekasih di lukisan  daunnya. RA Galeri memang baik hati, menyedari betapa lamanya Tapa mendiam diri, tapi mereka sedar pelukis ini tetap setia melukis melukis dan melukis. Nah terpaparllah watak naif siri awal 1970an, wajah kekasih (kemudian Cik Yam bergelar isteri), terkilau-kilau senyum di hamparan hijau daun pisang. Kanvas melebihi 4×4 meter yang membuat Cik Melor tertanya, ” Wah lukisan Pakcik Tapa besar-besar lah “. Apa jawab Sang Pelukis, ” Serulah jin untuk bantu melukis?”  Cik  Melor terkeju, ” Jenaka rupanya dia”. Nah sepanjang perasmian Sabtu lalu, seorang Mantan Menteri sanggup menunggu hingga ke acara baca puisi penyair-pelukis Tapa. Nampaknya tokoh mantan politik baru sedar betapa selama ia terburu waktu.  ” Kini dengan bebas santai saya dapat berbicara dengan anda-anda seniman kita” . Ramai  kawan-kawan  setaman Anak Alam datang. Dengar sajalah derai ketawa Raja Azhar, Ibrahim Ghaffar. Sayang Oom terpaksa membatalkan perjalanan untuk acara pameran Tapa. Ya kita maklum, Oom harus patuh dengan nasihat doktor. Rehat.Rehat. Ah pelukis dapat berehat ke?. Nah bagaimana tidak gembiranya sayap rerama pelukis Tapa, dengan melihat tanda bulatan merah sudah di lekat sebanyak 14 buah karya. Dari jadual senarai harga lukisan , amin, Alhamdulillah selama 40 tahun menunggu….setelah ditolak komisyen kepada galeri untuk 14 yang dibeli kolektor, beliau meraih sebanyak RM 400, 000 lebih. Ini baru di hari pertama. Patutlah Sasterawan Negara juga turut mengakui  mejadi pelukis kalau serius akan mengalahkan royalti penulis. Syabas Tapa, sekurangnya ukuran kanvas yang besar, dengan tarikh silam melukis telah dapat dinilai dengan rasa peminat seni ibu kota kita. (pameran Oom di PETRONAS pada awal tahun 2007 meraih hasil jualan sebanyah  11 juta RM) .Tapi mana Hanapiah, mana Yusuf Gajah?   
Posted by Siti Zainon Ismail at 09:25:41
Comments

3 Responses to “TAPA BOOOMMM”

  1. Saya jadi rindu melukis kembali

  2. Anonymous says:

    Benar bagai dikata Pak Samad, menjadi pelukis boleh meraih wang yang hebat berbanding penulis. Namun kekadang pelukis bagaikan tiada hati dengan penulis. Ini pengalaman saya membantu seseorang untuk sebuah pameran lukisan. Saya diminta menulis untuk pameran itu dan bayarannya…. terlalu ciput dengan harga sebuah karya yang dipamerkan yang lima angka. Kalau pelukis berkata mereka mengambil masa untuk menghasilkan sebuah karya, begitu juga penulis yang perlu juga membuat kajian dan bukannya menulis bodoh-bodoh. Sememangnya penulis kadang-kadang duduknya terlalu ke bawah. Ya mana boleh digantung buku di dinding rumah.

  3. Anonymous says:

    Ya, nampaknya kita penulis untuk katelog pelukis harus berkira jugalah dengan pelukis berkenaan. Pengalaman saya juga pernah begitu, ada yang janji diminta menulis-mengkaji lukisan untuk pamerannya - tiba-tiba diganti dengan penulis lain, tanpa memberi tahu kepada kita. Tapi lepas itu dia datang lagi, bila penulis kedua letak harga hahahah, ciput…ciput. (SZI)

Leave a Reply