Pelancaran buku KASIH BONDA Kampung Paya Kami
SUSAH juga harus melibatkan kerja dengan protokol dan birokrasi. Mereka ingin senarai tamu rasmi, mudah untuk aturkan kerusi tamu utama, atau meja jamuan, atau penyambut tamu khas. Itulah suara dari pejabat DBP, agar semua berjalan baik, ada adab. Aku tergugah, sedang kami di Mardrasah Tarbiah sudah diamanahkan: kita sambut tamu dengan keikhlasan hati, dengan senyum dan ramah mesra. Kalau makanan tidak cukuppun kita boleh bekalkan tamu dengan senyuman manis, agar tamu tidak berkecil hati. Maklumlah ini kenduri budaya kampung. Itulah ide kami bagi menyambut bulan indah Ramadhan yang bakal menjelang. Tetapi isu sebenarnya kami warga penduduk makin resah menjelang akhir bulan Ogos ini. Segala keputusan bagai di tangan DBKL Tarikh bantahan pembangunan bandar untuk ‘ melanyak’ kampung di Tanah Lindungan Melayu semakin hampir. Tahun 2020, sudah dirangka pembangunan kota, tidak ada kampung kumuh di KL? Kampung Bandar Dalam, bersebelahan dengan Kg Chubadak , Kg Padang Balang sudah dicap sebagai kampung ’setinggan’ berlorong sempit dan rumah sudah di tepian jalan. Silap siapa? Merekalah tangan si pembangunan itu sengaja menghimpit kelesaan kampung kami dengan tindihan jalan ber tar pekat, semakin tebal, dan kampung kami sudah menjadi laluan hilir mudir, riuh rendah hingga ke malam.
Maka tanggal 10 Ogos ini, mari sertai
kenduri budaya kampung kami, di Madrasah Tarbiah - atau dulu kami sebut sebagai surau tinggi. Kebetulan buku tentang kampung sudah siap dicetak (setelah hanpir 4 tahun?). Lalu kucadangkan agar dilancarkan oleh Seniman Negara Datuk A.Samad Said. Ya pelancaran buku di madrasah, dengan acara pameran lukisan juga. Pakha terkejut, ” Wah ini pameran pertama di madrasah, hebat!” . “ Ada ke yang sudi memberli buku dan lukisan ?” Ada suara dari AJK madrasah terutama Ibu-ibu kumpulan Muslimah madrasah yang tidak pernah terlibat dengan pameran lukisan dan penjualan buku. Aku sengeh aja sambil menjawab, ” Ya kalau madrasah kita ada rezeki, insayallah wang komisyen dari jualan lukisan akan kita masukkan ke dalam tabung pembangunan madrasah. Pintu gerbang juga harus didirikan kembali, perpustakaan akan dilengkapkan lagi…Alhamdullah, teman-teman yang dihubungi memberi tanggapan spontan sudi datang meramaikan suasana. Selepas ini bolehlah datang selalu jenguk-jenguk kampung, bolehlah buat rakaman foto, atau dipindahkan menjadi lukisan (ikut gaya kumpulan cat air), atau dijadikan puisi, untuk merakam kehidupan kampung
yang semakin diasak oleh keriuhan jalan raya Karak dan Gombak. Akan dihimpit dengan tiang konkrit jejambat tinggi dan laluan LRT yang menebas bumbung rumah kami! Hanya karya seni akan menjadi saksi. Kita kumpulkan menjadi volum sejarah seni budaya, puisi, lukisan untuk pameran dan terbitan 2009. Insya Allah. Kalau sudi hadir, WUJUDKAN WAJAHMU DENGAN RASA PEJUANGAN –> BUSANA HITAM lambang perkasa kasih budi Melayu.Sampai jumpa!