Friday, June 5, 2009

RANTING DELIMA SENJA

AKHIRNYA  setelah 4 tahun di tangan editor, barulah buku ini menjelma. Bertahun harus menyimpan sabar, sedangkan buku ni hanya diolah selama 1 tahun. Ya watak-wataknya banyak yang telah hilang (dihilangkan) atau mangkat kembali ke dunia fana. …inilah antara cerita tengan Do Raman (Ratabna): 

Memang Ratabna sudah pergi lagi, tidak ke Sheffeild, tapi ke Pulau Selatan. Benar Sofina sudah membawa segala kumpulan naskhah berita dan senarai bangsa pelecehan  sejak angkatan pusat  datang yang konon untuk menyelamatkan “daerah” kacau bilau itu.Tetapi kesan yang tercatat ialah jumlah pengungsi meninggalkan kampung halaman. Daerah Buerena sudah dicatat sebagai daerah rawan.Sekian jumlah rumah hangus dan rentung. Catatan lain ialah pertempiaran para sahabat NGO yang dituduh dengan pelbagai tohmah ketidakadilan. Ini bererti kehilangan sahabat juang lagi. Geory sudah mengirim pesan lagi, mungkin Ratabna diterima belajar di New Castle. Belajar? Atau melarikan diri lagi? (DRS, 2009,302)  

Posted by Siti Zainon Ismail at 03:07:32 | Permalink | Comments (1) »